Author: voyageho

  • Panduan Utama Kereta Sewa di Sabah: Perjalanan Lebih Selesa & Bersih

    Adakah anda merancang percutian ke Negeri Di Bawah Bayu dan mencari perkhidmatan kereta sewa di Sabah? 

    Kami di Voyage Holiday, menyediakan kereta sewa dari airport ke sekitar Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau dan sekitarnya. Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan terbaik, kereta sewa dan van sewa untuk pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara. 

    Kenapa Pilih Perkhidmatan Kereta Sewa Voyage Holiday?

    Memandu sendiri memberikan anda kebebasan untuk meneroka tarikan menarik mengikut jadual anda sendiri.

    • Penghantaran & Pick-Up Terus di Kota Kinabalu Airport (KKIA)

    Sebaik sahaja anda mendarat, kereta atau van anda sudah berada di sekitar airport untuk perjalanan seterusnya. Urusan serah dan ambil kenderaan dilakukan terus di lapangan terbang secara pantas.

    • Jaminan Kenderaan Yang Bersih & Diselenggara Dengan Rapi

    Kebersihan adalah keutamaan kami. Setiap kereta sewa dan van sewa kami akan  pastikan berada dalam keadaan yang bersih, segar, dan bebas bau sebelum diserahkan kepada pelanggan. Kereta dan van kami juga kerap diselenggara untuk keselamatan pelanggan sepanjang perjalanan.

    • Lebih 20+ Pilihan Kenderaan

    Kami menawarkan pelbagai jenis kereta sewa MPV dan SUV premium mengikut saiz kumpulan dan bajet anda. Terdapat pilihan kereta seperti Axia, Bezza, Saga, Myvi dan sebagainya. 

    • Harga Murah & Berbaloi

    Dijamin tiada kos tersembunyi. Lebih lama tempoh sewaan anda, lebih murah kadar harian yang ditawarkan!

    Pilihan Kenderaan Mengikut Keperluan & Destinasi Perjalanan

    1. Kereta Sedan (Sesuai untuk Bajet Trip)

    Jika anda merancang bajet trip ke Sabah bersama pasangan atau rakan anda, model seperti Axia, Bezza, Saga, dan Myvi adalah pilihan yang paling menjimatkan minyak dan sangat praktikal untuk pemanduan di sekitar bandar Kota Kinabalu dan Kundasang.

    1. SUV & 4WD 

    Pemanduan menuju ke kawasan tanah tinggi seperti Kundasang dan Ranau memerlukan kenderaan yang sesuai untuk laluan berbukit. Kami menyediakan pilihan kereta sewa di Kundasang seperti Perodua Aruz, Mitsubishi Xpander, Toyota Innova, atau Toyota Hilux bagi memastikan perjalanan keluarga anda kekal selamat dan selesa.

    1. Van & MPV (Rombongan & Keluarga Besar)

    Jika anda membawa rombongan sekolah, syarikat, atau keluarga yang ramai? Pilihan sewa van di Sabah seperti Toyota Hiace atau Hyundai Staria adalah lebih sesuai. Kami juga menyediakan pilihan MPV mewah seperti Toyota Vellfire untuk keselesaan maximum. 

    Lihat senarai penuh kenderaan yang kami sediakan dan harga yang kami tawarkan di sini: Kereta Sewa Voyage Holiday.

    Jika anda tidak mahu memandu sendiri, kami juga menyediakan pakej percutian di Sabah termasuk driver. Pilihan itinerary yang lengkap 2 Hari 1 Malam hingga 5 Hari 4 Malam termasuk driver cum guide, penginapan, dan tiket lawatan semuanya ada di Voyage Holiday!

    Lengkapkan Perjalanan Anda Bersama Voyage Holiday

    Selain perkhidmatan kereta sewa, kami juga menyediakan pelbagai pilihan percutian menarik untuk melengkapkan percutian anda di Sabah:

    Nikmati aktiviti island hopping dan snorkeling di sini. 

    Tempah Kereta Sewa Anda Sekarang!

    Pastikan anda tempah kereta sewa dan van sewa anda lebih awal terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Nikmati pengalaman percutian yang lebih selesa dan urusan pick-up terus di airport tanpa sebarang masalah.